Wednesday 19 June 2013

Selamat Datang Ke Laman Web Kampung (F) Sungai Koyan 3

Kampung (F) Sungai Koyan 3 terletak di dalam Mukim Ulu Jelai, Daerah Lipis, Pahang Darul Makmur. Dihubungkan dengan jaringan jalanraya sepanjang 42 kilometer dari bandar Lipis dan 53 kilometer dari bandar Raub.



Kampung seluas 4,048.77 ekar ini merupakan sebuah penempatan FELDA di mana ianya mula dibuka pada tahun 1975  dan dihuni oleh 278 buah keluarga. Uniknya penempatan kampung ini adalah kesemua peserta adalah terdiri daripada bekas perajurit yang pernah berkhidmat di dalam Angkatan Tentera pada satu ketika dahulu.

Seorang pengurus FELDA telah dilantik untuk menguruskan hal-ehwal peneroka dan ladang pada tahun 1977 iaitu Encik Zubir bin Jaani sebagai pengurus FELDA yang pertama di sini.
Sehingga kini, seramai10 orang pengurus telah berkhidmat di kampung ini dan yang terakhir adalah Encik Mohamad Fadzel bin Bien yang mula berkhidmat sejak Ogos 2006 sehingga kini.

Pada tahun 1976, seorang ketua kampung telah dilantik sebagai mengetuai JKKR iaitu Encik Wan Samsudin bin Wan Muhamad. Ketua Kampung yang terkini adalah Tuan Haji Mohd Nor bin Haji Awang yang mula berkhidmat pada tahun 2005.

Kampung ini dilengkapi dengan kemudahan asas seperti bekalan air bersih, bekalan elektrik, sistem sanitasi, Balai Polis, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Pusat Giat MARA, poliklinik dan bermacam-macam lagi.

1 comment:

  1. polished titanium games slot machine - iTanium-arts.com
    Slot machine - best slots for free! Play this titanium wok exciting slot titanium price machine game! Play the ford fusion hybrid titanium best slot machine 2018 ford ecosport titanium games online! Enjoy the hottest gaggia titanium and latest games for you!

    ReplyDelete